Wednesday, 30 November 2016

Episod baru.........


Assalamualikum...

30 November 2016...kembali lagi aku ke dalam arena blogger ni...setelah sekian lama menyepi dan menyendiri. Bukan untuk menidakkan kehadiran dalam alam maya ini...tetapi kesibukkan melanda dan beberapa lagi perkara yang tidak dapat dielakkan, membuatkan aku terpaksa memencil diri seketika.

Kehidupan...sememangnya memberikan makna dan pengertian yang amat luas bagi kita. Masa kini, masa akan datang takde sape pun boleh ramalkan...ye tak... kot-kot bila berjalan sorang sorang...tetiba terjatuh ke...mana kita nak tau kan... takdir Allah...hanya Dia yang Maha Mengetahui. Ntah lah...apa yang aku cari selama ni memang susah untuk aku capai...bukan tak mustahil tapi mungkin mengambil masa yang lama untuk aku cari maksud sebenar kehidupan yang aku cari selama ni...

Moga permulaan hari ini membawa kepada jalan untuk aku terus langkah kehadapan...

Assalamualikum...
Pejabat UTC Perak

#kehidupan #utcperak


Thursday, 15 May 2014

Macam mana nak rompak kereta sendiri.....


Korang kat luar sana mesti pernah tertinggal kunci dalam kereta kan...??? Kalau tak pun...pernah dengar la kawan² ke...sedara mara ke jadi macam ni kan....hmmm, kalau takde, takpelah....hahaha.

  Ilmu ni bukan tujuannya nak pecah masuk kereta orang pulak ok!!! 

Kot-kot la korang kena macam ni ke nanti....heheh, bukan berdoa...tapi beringat sesama kita ye...

video

Tapi video ni dalam bahasa Russia la pulak....kalau ada yang faham ok lah, ala...korang tengok pun dah boleh dapat ideanya kan...dan yang paling penting kereta korang tu kereta lama la...yang kunci pintunya macam dalam video tu (kereta kancil rasanya boleh...kereta moden tak boleh dah kot....)

*** moral of the story.....buat lah kunci pendua...simpan kat dalam bag korang....jangan tinggal merata sudah!!!

Ingatkan air....rupanya...


Lain orang lain bakatnya...hidup setiap diantara kita dah ditetapkan dan dirancang semenjak azali lagi.... Bakat memang ada pada setiap manusia, tapi lain-lain la...macam aku..hmmm apa ek??? So, korang macam mana....??? 


Zaria Forman merupakan seorang pelukis yang mempunyai bakat yang sangat luar biasa...
Lukisannya hampir menyamai dunia sebenar. Seninya diinspirasi dari pengalaman zaman kanak-kanaknya yang mengikuti keluarganya merantau. Ibunya juga merupakan seorang pelukis, dan sering ke kawasan terpencil di serata dunia semata-mata mencari ilham untuk melukis. Ini secara tidak langsung mempengaruhi Zaria Forman mengikuti jejak langkah ibunya dan mendapat pendidikan secara formal di Skidmore Collage di New York, US.


Antara lukisan yang dihasilkan...hanya menggunakan tangan....













Tuesday, 13 May 2014

Segmen Blogger Aktif


Assalammualaikum....
Dah 2 tahun tak menulis...tinggalkan terus aktiviti ber"blogging" nih...
Sebabnya kekangan waktu, berubah tempat kerja...sibuk...
so bagi mereka-mereka yang masih lagi aktif di luar sana.....JOM JOIN SEGMEN NIH...
Manalah tau, dapat tambah lagi kenalan....yang dah lama ditinggalkan....



Salam .
Anda masih aktif berblogging ?
Jom sertai segmen mudah ni.
Tak pasal-pasal dapat traffic free, follower free .
yang paling penting blogger's friendship <3 =""InsyaAllah="">


klik banner untuk join the community :D 

good luck !


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...